Gorgeous, Healthy, Beautiful

Pampered your body and mind with Intai Jelita Spa. Located at Dataran Otomobil Section 15, Shah Alam. We offer variety of treatment for you to look gorgeous, healthy and beautiful. Using traditional Java treatment in a calm environment with the scent from a mixture of aromatic oils, spices and a captivating rhythm.

Tuesday, July 5, 2011

Faedah urutan badan


Faedah Menyeluruh
1. Keluarga & Masyarakat: Sentuhan akan meningkatkan rasa kasih sayang serta belaian antara pemberi dan penerima  akan dapat mengeratkan perhubungan antara ahli keluarga dan masyarakat.
2. Penjagaan Kesihatan: Urutan boleh menolong mengekalkan tahap kesihatan penerima. Ia boleh menjauhkan aduan biasa seperti pening kepala, sakit otot/urat dan sakit perut. Meningkatkan pergerakan tubuh, sistem fisiologi dan system ketahanan serta keseimbangan tenaga dalaman.
3. Pencegahan: Apabila system ketahanan badan bertambah maka ia boleh mencegah masalah seperti sembelit, rasa tertekan (stress), menjadi kebiasaan dalam kehidupan moden, dismenorrheal (menstrual cramps) dan sakit kepala. Dalam keadaan tertentu hingga boleh mencegah penyakit kronik seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.


Faedah ke atas Sistem Tubuh
1. Sistem Peredaran: Tingkatkan aliran darah, tingkatkan aliran limpatik, rendahkan tekanan darah dan   kurangkan bengkak (edema).
2. Sistem Pergerakan (Musculoskeletal): melegakan tegangan otot, nyah toksid daripada tubuh, tingkatkan pergerakan sendi-sendi dan kurangkan kekejangan .
3. Sistem Saraf : gerakkan dan tingkatkan aktiviti saraf, tingkatkan rasa deria kulit, dan tingkatkan fungsi organ dalaman seperti aktiviti usus kecil dan usus besar, hati & jantung .
4. Sistem Pernafasan: Tingkatkan kadar pernafasan dalaman, lebih banyak udara terutama oxygen masuk kedalam system tubuh.

Faedah ke atas Minda
Urutan memberikan kepada penerima kesan menyeluruh kesegaran daripada tekanan seharian bekerja atau dari impak persekitaran yang kurang selesa.


Faedah ke atas Rohani
Urutan adalah berasaskan tenaga semulajadi mempunyai impak positif terhadap rohani apabila si pemberi menumpukan sepenuh perhatian ketika melakukan urutan. Setiap titik urutan akan meningkatkan tahap tenaga dalaman si penerima.

No comments:

Post a Comment